Followers


RAJA PETRA RAJA KAMARUDDIN


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon perintah ekstradisi terhadap pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin (gambar) jika benar dia kini berada di sebuah pangsapuri mewah di London.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya tidak akan lepas pandang mengenai laporan tersebut dan kini sedang menyiasat sama ada benar Raja Petra sedang bersembunyi di negara itu.
Menurut beliau, pihaknya turut meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) dan kerajaan British bagi memastikan dakwaan itu benar.
‘‘Kita sedang siasat laporan Mingguan Malaysia hari ini dan meminta bantuan Interpol serta kerajaan British.
‘‘Jika benar dia (Raja Petra) berada di sana, kita akan minta bantuan kerajaan British mendapatkan perintah ekstradisi kerana dia perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan pengendali laman web itu dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.
Menurut sumber, Raja Petra dipercayai menyewa salah sebuah unit di pangsapuri mewah enam tingkat itu sejak menjadi buruan polis, kira-kira lapan bulan lalu.
Pangsapuri terbabit dikategorikan sebagai kediaman mewah. Setiap unitnya mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu.
***********************************************************************************


Mohd. Affendi megah mengibarkan jalur gemilang selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan underbone 115cc asia di Zhuhai, minggu lalu.

HUJUNG minggu lalu menyaksikan Jalur Gemilang berkibar sebanyak tiga kali di podium Kejuaraan Motosikal Asia Petronas di Litar Antarabangsa Zhuhai, China.
Mohd. Affendi Rosli muncul wira Malaysia apabila mengungguli kategori Underbone 115cc, manakala Md. Zamri Baba memenangi Perlumbaan 1 SuperSports 600cc di pusingan keenam tersebut.
Pemanduan cemerlang yang ditunjukkan Mohd. Affendi membolehkannya muncul juara keseluruhan kategori Underbone 115cc dengan pungutan 174 mata.
Mohd. Affendi ditabalkan sebagai juara keseluruhan Underbone 115cc apabila memperoleh kutipan 50 mata maksimum daripada dua perlumbaan tersebut.
Aksi bertenaga anak muda dari Kuang, Selangor itu membolehkannya mengatasi pelumba Yamaha Petronas FDR Racing dari Indonesia, Denny Triyugo yang mengumpul 143 mata.
Tempat ketiga keseluruhan dimenangi oleh pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah daripada Petronas Sprinta Raceline dengan pungutan 121 mata.
Menerusi catatan masa 22:34.909 saat pada Perlumbaan 1 di sebelah pagi, Mohd. Affendi sudah pun disahkan merangkul gelaran juara keseluruhan lebih awal apabila memperoleh 25 mata, sekali gus menamatkan hasrat pencabar lain untuk merangkul kejuaraan keseluruhan.
Pungutan mata penuh di Perlumbaan 1 tersebut sudah cukup untuk mengesahkan Mohd. Affendi sebagai juara keseluruhan Underbone 115cc, biarpun dia sebelum itu diberi tentangan sengit oleh pelumba pasukan Petronas Sprinta Raceline, Md. Iskandar Raduan.
Md. Iskandar tidak bernasib baik pada Perlumbaan 1 apabila jenteranya mengalami masalah di pusingan kelima, sekali gus tidak membenarkannya meneruskan baki perlumbaan.
Masalah yang dihadapi oleh pelumba Petronas Sprinta Raceline tersebut dilihat memberi kelebihan kepada Mohd. Affendi untuk mengungguli Perlumbaan 1.
"Saya langsung tidak mengetahui Iskandar menghadapi masalah jentera. Malah saya juga langsung tidak menoleh untuk melihatnya. Saya hanya ingin berada di hadapan dan membuat pecutan bertenaga.
"Saya memberi fokus yang lebih pada dua pusingan terakhir dengan memecut laju bagi mendapat kedudukan selesa.
"Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan Perlumbaan 1 dengan menaiki podium di tempat pertama," katanya berakhirnya Perlumbaan 1.
Mohd. Affendi yang merupakan pelumba Suzuki Harian Metro SCK Racing mengumpul 149 mata sebelum bermulanya Perlumbaan 2.
Perlumbaan 2 pada sebelah petang terus menyaksikan Mohd. Affendi mengusai Litar Antarabangsa Zhuhai dengan catatan masa 22:34.684 saat, mengatasi tempat kedua, Denny Triyugo daripada Yamaha Petronas FDR Racing Team yang melakukan 22:34.703 saat.
Kejayaan manis yang dicapai oleh pelumba berusia 24 tahun itu di pusingan keenam di sini merupakan satu sejarah buat Malaysia di pentas Asia bagi kategori Underbone 115cc, sejak acara tersebut diperkenalkan pada 2004.
Ditanya mengenai perancangannya tahun depan, Mohd. Affendi berkata, dia bersama pasukan sedia ada akan beralih arah ke acara SuperSports 600cc dan tidak akan lagi bersaing di kategori Underbone 115cc.
Katanya, dia sudah pun ditawarkan berlumba dalam acara 600cc sejak 2008, namun tidak mahu melakukannya kerana belum lagi mengecap kejuaraan di kategori Underbone 115cc.
"Saya akan berlumba dalam 600cc tahun depan dan pada masa yang sama, saya masih berlumba dalam acara Cub Prix. Saya masih kekal dengan pasukan ini, namun pasukan ini akan menggunakan jentera baru, bukan lagi Suzuki.

************************************************************************************
GAMBAR DIDALAM KAABAH













Dicatat oleh budakkuale.blogspot.com Sunday, December 20, 2009

0 ulasan

Post a Comment

Subscribe here

My World