Followers


Salam Semua
Please comment whether this is true? FACEBOOK actually belong to Israel.
Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades..
Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak.
Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008รข€², iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya. 2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti... 3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional. 4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya. 5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!!
Fikirkanlah. .

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.
Aku tak laa baik sangat. Tapi aku Boikot Facebook ,Aku tak sanggup tengok saudara seislamku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!

Dicatat oleh budakkuale.blogspot.com Monday, January 4, 2010 0 ulasan


JITRA: Tindakan nekad dua suspek meninggalkan sebuah kereta Proton Iswara di tepi jalan berhampiran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Paya Kamunting, di sini, akibat tayar pancit, membawa kepada penemuan dua lembu dipercayai dicuri untuk dijual kepada sindiket tertentu.

Kedua-dua lembu termasuk lembu betina yang bunting lapan bulan itu turut diikat keempat-empat kaki dengan tali dan disumbat ke dalam kereta yang sudah diubahsuai dengan kusyen belakang kereta ditanggalkan.

Haiwan ternakan milik penduduk di kawasan itu dipercayai diberi suntikan pelali bagi mengelak ia bertindak agresif selain tidak sedar ketika dalam perjalanan menuju ke tempat penyembelihan atau kepada sindiket terbabit.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata kejadian berlaku jam 7.15 pagi ketika anggota polis peronda yang melakukan rondaan di kawasan itu ternampak kereta terbabit dalam keadaan mencurigakan, namun menyangka ia dibiarkan pemiliknya disebabkan tayar pancit.




Beliau berkata, apabila anggotanya berpatah balik ke lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian, pihaknya mendapati sesuatu yang mencurigakan dan berhenti di tepi jalan untuk membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat dua ekor lembu diikat di bahagian belakang kereta itu dalam keadaan tidur dan mengesyaki haiwan itu dicuri pihak tertentu.

“Kereta Proton Iswara itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dengan trak penunda untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sawaludin berkata, pihaknya turut meminta bantuan Jabatan Veterinar Daerah untuk menjalankan pemeriksaan terhadap lembu terbabit dan hasil siasatan mendapati lembu itu disuntik dengan ubat pelali.

Beliau berkata, lembu itu dipercayai dicuri dua suspek di sekitar kawasan kejadian dan untuk dijual terus kepada sindiket atau dagingnya dijual.

“Setakat ini, kami masih mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kereta dinaiki itu tayarnya pancit.

“Selain itu, kami turut menjalankan siasatan sama ada kereta itu dicuri atau sebaliknya kerana selepas membuat pemeriksaan pada nombor pendaftaran, didapati kereta itu milik seorang individu,” katanya.

Dicatat oleh budakkuale.blogspot.com Friday, January 1, 2010 0 ulasan


Cuba anda fikirkan, adakah ini satu penghinaan kepada kita?atau sekadar untuk melariskan jualan coke di Eropah .

Fikir-fikirkan...lah.....

Dicatat oleh budakkuale.blogspot.com Tuesday, December 22, 2009 0 ulasan


LELAKI Afrika bersantai dalam keadaan yang mencurigakan di luar sebuah premis di Metro Prima Kepong, Selangor, seolah-olah berada di negara asalnya




KUALA LUMPUR 16 Nov. - Warga Nigeria, Liberia dan Cameroon dikenal pasti sering terlibat dalam kegiatan jenayah di negara ini berikutan keadaan ekonomi dan sosial penduduk di negara asal masing-masing.
Perkara itu diakui seorang pelajar sarjana warga Afrika yang sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan di sini.
Pelajar dikenali sebagai Albert itu berkata, latar belakang penduduk yang secara semula jadinya dibesarkan dalam situasi 'kasar' mendorong mereka terikut-ikut dengan gaya hidup yang sama di negara orang.
"Mereka memang dikenali sebagai golongan yang berani berhadapan dengan risiko bagi mendapatkan apa jua mereka inginkan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada masa sama Albert sedia maklum mengenai penglibatan golongan itu dalam jenayah termasuk black money.
Ditanya mengenai senario itu, Albert menjelaskan, kelonggaran kolej swasta di negara ini memberi tempat kepada warga asing bagi melanjutkan pelajaran telah disalahgunakan sebagai 'senjata' untuk mendapatkan pas pelajar.
"Niat sebenar mereka bukanlah belajar sebaliknya melakukan 'kerja' lain di sini.
"Ramai antara mereka tidak mendapat keputusan cemerlang. Tetapi menghairankan kolej tersebut masih 'menyimpan' mereka dengan hanya alasan mereka membayar yuran. Kenapa tidak membuang saja mereka?" soalnya.
Pada masa sama dia mengakui bukan semua warga Afrika yang memasuki negara ini mempunyai niat sebegitu.
Sebaliknya, kata beliau, ada antara mereka yang memasuki negara ini untuk menuntut ilmu kerana kelulusan pengajian di Malaysia mendapat pengiktirafan di negara mereka.
"Golongan yang terlibat dengan jenayah terutama black money boleh dikenali dengan memiliki kereta dan tinggal di kondominium mewah selain gemar berbelanja besar.
"Mereka memang gemar mendapat duit dengan cara mudah dan pantas. Itu yang mendorong mereka sehingga ada yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah," katanya.
Menurutnya, kemewahan golongan itu kadang kala menyebabkan sebahagian gadis tempatan 'jatuh' ke tangan mereka.
Albert juga mengaku warga Afrika memang pandai memujuk untuk menarik perhatian seseorang gadis.
"Trend terkini yang dapat dilihat adalah kecenderungan warga Afrika mengahwini gadis tempatan untuk mendapat 'keistimewaan' di sini," katanya

Jabatan Imigresen melahirkan rasa bimbang dengan trend peningkatan kemasukan secara haram warga Afrika atau dikenali sebagai ‘Awang Hitam’ ke negara ini.
Ini kerana siasatan mendapati mereka yang memasuki negara ini melalui cara tersebut banyak menyumbang dalam kegiatan jenayah.
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Raja Mohammad Raja Ismail berkata, antara cara yang digunakan oleh mereka untuk memasuki Malaysia ialah melalui ‘jalan tikus’ dan pasport palsu yang didalangi oleh sindiket antarabangsa.
Katanya, maklumat itu diperoleh hasil tangkapan warga berkenaan di Lembah Klang dalam tempoh Januari hingga November lalu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah tangkapan terbabit di atas faktor keselamatan.
“Bilangan kemasukan ‘Awang Hitam’ ke negara ini menggunakan dokumen palsu walaupun masih kecil jumlahnya tetapi perlu dipandang serius kerana menimbulkan banyak masalah dan jenayah.
“Imigresen sedar perkara ini dan akan bertindak dan melakukan operasi secara berterusan untuk memburu mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan khas Utusan Malaysia hari ini mengenai kebanjiran warga Afrika sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk tempatan.
Dalam laporan tersebut, sebanyak 56,240 warga negara itu dikesan memasuki Malaysia secara sah, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Seramai 21 warga Afrika ditahan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kerana pelbagai kesalahan jenayah.
Dalam pada itu, Raja Mohammad memberitahu, selain memasuki negara menggunakan jalan tikus dan pasport palsu, warga Afrika juga dikesan tinggal lebih masa di negara ini.

Dicatat oleh budakkuale.blogspot.com 0 ulasan


RAJA PETRA RAJA KAMARUDDIN


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon perintah ekstradisi terhadap pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin (gambar) jika benar dia kini berada di sebuah pangsapuri mewah di London.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya tidak akan lepas pandang mengenai laporan tersebut dan kini sedang menyiasat sama ada benar Raja Petra sedang bersembunyi di negara itu.
Menurut beliau, pihaknya turut meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) dan kerajaan British bagi memastikan dakwaan itu benar.
‘‘Kita sedang siasat laporan Mingguan Malaysia hari ini dan meminta bantuan Interpol serta kerajaan British.
‘‘Jika benar dia (Raja Petra) berada di sana, kita akan minta bantuan kerajaan British mendapatkan perintah ekstradisi kerana dia perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan pengendali laman web itu dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.
Menurut sumber, Raja Petra dipercayai menyewa salah sebuah unit di pangsapuri mewah enam tingkat itu sejak menjadi buruan polis, kira-kira lapan bulan lalu.
Pangsapuri terbabit dikategorikan sebagai kediaman mewah. Setiap unitnya mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu.
***********************************************************************************


Mohd. Affendi megah mengibarkan jalur gemilang selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan underbone 115cc asia di Zhuhai, minggu lalu.

HUJUNG minggu lalu menyaksikan Jalur Gemilang berkibar sebanyak tiga kali di podium Kejuaraan Motosikal Asia Petronas di Litar Antarabangsa Zhuhai, China.
Mohd. Affendi Rosli muncul wira Malaysia apabila mengungguli kategori Underbone 115cc, manakala Md. Zamri Baba memenangi Perlumbaan 1 SuperSports 600cc di pusingan keenam tersebut.
Pemanduan cemerlang yang ditunjukkan Mohd. Affendi membolehkannya muncul juara keseluruhan kategori Underbone 115cc dengan pungutan 174 mata.
Mohd. Affendi ditabalkan sebagai juara keseluruhan Underbone 115cc apabila memperoleh kutipan 50 mata maksimum daripada dua perlumbaan tersebut.
Aksi bertenaga anak muda dari Kuang, Selangor itu membolehkannya mengatasi pelumba Yamaha Petronas FDR Racing dari Indonesia, Denny Triyugo yang mengumpul 143 mata.
Tempat ketiga keseluruhan dimenangi oleh pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah daripada Petronas Sprinta Raceline dengan pungutan 121 mata.
Menerusi catatan masa 22:34.909 saat pada Perlumbaan 1 di sebelah pagi, Mohd. Affendi sudah pun disahkan merangkul gelaran juara keseluruhan lebih awal apabila memperoleh 25 mata, sekali gus menamatkan hasrat pencabar lain untuk merangkul kejuaraan keseluruhan.
Pungutan mata penuh di Perlumbaan 1 tersebut sudah cukup untuk mengesahkan Mohd. Affendi sebagai juara keseluruhan Underbone 115cc, biarpun dia sebelum itu diberi tentangan sengit oleh pelumba pasukan Petronas Sprinta Raceline, Md. Iskandar Raduan.
Md. Iskandar tidak bernasib baik pada Perlumbaan 1 apabila jenteranya mengalami masalah di pusingan kelima, sekali gus tidak membenarkannya meneruskan baki perlumbaan.
Masalah yang dihadapi oleh pelumba Petronas Sprinta Raceline tersebut dilihat memberi kelebihan kepada Mohd. Affendi untuk mengungguli Perlumbaan 1.
"Saya langsung tidak mengetahui Iskandar menghadapi masalah jentera. Malah saya juga langsung tidak menoleh untuk melihatnya. Saya hanya ingin berada di hadapan dan membuat pecutan bertenaga.
"Saya memberi fokus yang lebih pada dua pusingan terakhir dengan memecut laju bagi mendapat kedudukan selesa.
"Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan Perlumbaan 1 dengan menaiki podium di tempat pertama," katanya berakhirnya Perlumbaan 1.
Mohd. Affendi yang merupakan pelumba Suzuki Harian Metro SCK Racing mengumpul 149 mata sebelum bermulanya Perlumbaan 2.
Perlumbaan 2 pada sebelah petang terus menyaksikan Mohd. Affendi mengusai Litar Antarabangsa Zhuhai dengan catatan masa 22:34.684 saat, mengatasi tempat kedua, Denny Triyugo daripada Yamaha Petronas FDR Racing Team yang melakukan 22:34.703 saat.
Kejayaan manis yang dicapai oleh pelumba berusia 24 tahun itu di pusingan keenam di sini merupakan satu sejarah buat Malaysia di pentas Asia bagi kategori Underbone 115cc, sejak acara tersebut diperkenalkan pada 2004.
Ditanya mengenai perancangannya tahun depan, Mohd. Affendi berkata, dia bersama pasukan sedia ada akan beralih arah ke acara SuperSports 600cc dan tidak akan lagi bersaing di kategori Underbone 115cc.
Katanya, dia sudah pun ditawarkan berlumba dalam acara 600cc sejak 2008, namun tidak mahu melakukannya kerana belum lagi mengecap kejuaraan di kategori Underbone 115cc.
"Saya akan berlumba dalam 600cc tahun depan dan pada masa yang sama, saya masih berlumba dalam acara Cub Prix. Saya masih kekal dengan pasukan ini, namun pasukan ini akan menggunakan jentera baru, bukan lagi Suzuki.

************************************************************************************
GAMBAR DIDALAM KAABAH













Dicatat oleh budakkuale.blogspot.com Sunday, December 20, 2009 0 ulasan

Subscribe here

My World